Wednesday, 28 October 2015

Food Hunting: Rimba & Rusa by Wondermilk


cuti wiken, xde buat ape2 kt umah, so kami klua la.
kebetulan plak masa tu xde air kt umah.
niat sebenar nk pegi beli boots je...tu pon dh kali ketiga pegi, bru la dpt  masuk kedai.
rembat sepasang bootsbyFRKL -Timberleesya from FashionRepublicKL (FRKL)

lepastu kami pegi la isi perut kt RIMBA & RUSA by Wondermilk
suasana kedai ok, nice, simple, bersih & kemas.
menu nk kate ala2 arab pon ade, nk kate italian pon ade...haha mixed la kot
kami order la beberapa menu seperti didalam gambar...



FRKL...shopping boots
Rimba & Rusa by Wondermilk
gambar dari tingkat atas
my sister Cik Mira & mak....

Cik Kila

Hot Capucino

Kacang Phool Jiddah

Beef Carbonara

25 Tips to lose weight


  1. First thing in the morning, drink 1 cup of warm water with lemon. Drink lots of water throughout the day and with all meals.
  2. Drink lots of green tea (in morning: has natural caffeine) and eliminate all juice (except natural pomegranate juice), diet and regular soft drink. Drink only 1 cup of coffee a day)
  3. Never ever eat sugar, this also means nothing white (no white pasta, bread or potatoes (nothing processed, also known as "eating clean")
  4. Eat whole foods (includes whole wheat pasta, whole wheat bread. Read labels, companies put white flour in and call it whole wheat)
  5. Eat all the vegetables you want (limit carrot sticks)
  6. Eat 5 small meals a day (this included snacks)
  7. Do not eat anything after 7 pm
  8. Eat mostly lean protein & limit bad carbohydrates (absolutely no chips, popcorn, cookies, cake etc. no junk food)
  9. Eat only 1 fruit a day, and before 12 noon. (Eat fruit from berry family: Blueberries, strawberries, cranberries)
  10. Do 30-45 minutes of cardio, preferably walking on an incline every day and 2 one hour Arthro-Pilates classes a week. (consult a doctor before beginning any exercise program)
  11. Do light weight training 3-5 lbs for upper body 3 times a week
  12. Drink 1 protein drink a day (skim milk with whey protein isolate powder with greens + powder in morning)
  13. Eat the good fat (olive oil, fish oil, flax seed oil or seed)
  14. With doctor permission only, take CLA (Conjugated Linoleic Acid) as per body weight to reduce abdominal fat. Note: This is not for everyone!
  15. Get 8 hours sleep
  16. Minimize stress to minimize stress hormone (and reduce abdominal fat)
  17. Snack on a small amount of almonds (5 at a time) throughout a day (4 times a day maximum)
  18. Never weight yourself (judge progress by clothing size, inch loss, only)
  19. Write a food diary every day to stay on track
  20. Eat low fat dairy products such as plain yogurt, cottage cheese, skim milk. (No solid cheeses)
  21. Read labels. Look for no or low sugar grams, no trans fat and only whole wheat.
  22. Take a good quality multi vitamin/mineral a day
  23. Eat tofu, beans and legumes
  24. Never go on a restrictive diet or on a program diet (they only serve to mess with your metabolism and eventually make you gain more weight, in the long run). To maintain a good weight and toned body requires a lifestyle change, not a fad diet or program.
  25. Feel good about who you are, as you are. Acceptance is key



(copy from:  http://www.arthro-pilates.com/weight_loss.shtml )





thanks for reading this entry!


Thursday, 15 October 2015

omg 30 dh...

1985-2015....saya sudah 30 tahun.....OMG!!

aku single...
aku 30 tahun...
tettttttttttttttttttttttt   (o_o)

ermmmmmm ape yg aku dah achieve eh?
macam xde pape je....
omg....

2005-2015, 10 tahun dah aku ulang-alik hospital putrajaya untuk check up...sekejap je dh 10tahun aku de RA (Rheumatoid Arthritis)....ermmmmmmmmm now dh rs ckit effect pd beberapa anggota badan.

ermmmm kene buat tindakan drastik ni...utk 30-35 tahun ni, mesti kene achieve something big....if not mcm x guna je hidup....follow je pe yg de....omg bosannye life....ermmmmmm



eh byknye ermmmmmmmmmmmmm hahahaha
jangan mengeluh Cik Kila....bertindak untuk berubah....jangan salahkan orang tp salahkan diri sendiri yg x beruasaha lebih sblm nie.....so kene nekad ckit lps nie.....

fuhhhh chaiyok2


new me.... :D



Thursday, 14 February 2013

5# CiNta





cintailah diriku dengan sebab......
dan pastikan sebab itu adalah kerana cinta




thanks for reading this entry!

Tuesday, 29 January 2013

4# will you marry me?


terlalu cepat ke kenal sebulan then nk kawen? ouch...macam mana nie....
nk sgt dgr org ckp 'will u marry me?'....tp bile dh de depan mata scary plak....
adoiiiiiiiiii bercinta lepas kawen la nmpknye nie....lebih afdal...hahaha











Thanks for reading this entry!

Monday, 28 January 2013

3# Perkara Yang Membuat Lelaki Menyenangi Wanita





Setiap wanita di dunia ini pasti inginkan hubungan mereka berkekalan sehingga ke jinjang pelamin dan sehingga akhir hayat dan tidak sesiapa pun yang mahu hubungan sekerat jalan kerana ia hanya membawa kepada kesedihan dan hati yang hancur sahaja.
Tetapi sebenarnya wanita juga perlu mengetahui apakah perkara yang disenangi oleh kaum lelaki supaya kaum lelaki ini memahami pasangannya dan seterusnya menjadikan hubungan itu lebih intim dan tiada salah faham antara satu sama lain.


1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari “Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki.
Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda

Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan

Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu.
Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

4. Sanggup Memberi Untuk Menerima

Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.

5. Percaya Untuk Dipercayai

Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang.
Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

6. Menangkan Lelaki Untuk Menang

Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki, kerana dalam kehidupan suami isteri. Sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri.
Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. Dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.

7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif

Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya.
Sekiranya anda bersifat sedemikian, walaubagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.

8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab

Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya.
Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.

9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan

Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki boleh menjejaskan rasa kepentingan dirinya dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.

10. Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu

Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh manusia iaitu kehendak seks (bagi yang dah berkahwin) dan kehendak untuk menjadi penting.
Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

11. Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki

Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.

12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar

Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.

13. Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja

Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

14. Hormati Dia Sebagai Lelaki

Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda.
Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.

15. Dengarlah Dengan Baik

Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

16. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki

Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

17. Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda

Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

18. Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya

Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda. 

19. Elakkan Pergaduhan

Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.

20. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah

Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk.
Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.

21. Hidup Bukan Hanya Di Dunia

Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan.Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.


Jadi kepada kaum wanita, jadilah wanita yang disenangi oleh pasangan anda





Thanks for reading this entry!

Monday, 7 January 2013

2# 2012 vs 2013

hampir penghujung 2012,
tahun yg sgt2 mencabar bagi aku.....permulaan tahun yg sgt teruk bile bekerja 8 bulan tanpa gaji...berkat doa dan usaha, dihujung tahun berjaya juga mendapatkan kerja yg lebih baik. harapan ku semoga semuanya akan bertambah baik di masa depan....sekarang dalam proses memperbaiki hidup...

2013, aku akan fokus more aboout myself....planning for myself...
tolong diri sendiri dlu sblm nk tolong orang lain....kn kn kn

harap masa depan lebih berharga......amin




Thank you for reading this entry!

1# fav realiti tv show....wink wink




GUILIANA & BILL RANCIC

KEEPING UP WITH KARDASHIAN

KIMORA - LIFE IN A FAB LANE


aku suke sgt nengok tiga cite nie...Bill & Guiliana Rancic, Keeping up with Kardashian dan Kimora, Life in The Fab Lane...family slalu bengan bile aku buka ni time diorg nk tengok cite lain...well disebabkan ASTRO aku yang byr so aku la yg menang....muahahahahaa (kakak yg jht ckit bile nk tgk fav cite die....hehe)

dalam tiga-tiga cite ni de persamaan iaitu diorg slalu bertekak untuk mencapai satu keputusan yang terbaik...aspecially Guiliana & Bill....suke tgk life diorg husban & wife, guiliana &  bill slalu mengeluarkan pendapat masing-masing tp dihujungnya pasti mencapai satu keputusan yang sgt2 berbaloi n memuaskan hati kedua-duanya. Dan yang pasti sekali hubungan kekeluargaan mereka semua sgt kuat antara satu sama lain.

Selain tu diorg sume fesyenable....love sgt tgk gaya2 yang dipamerkan...aspecially family Kardashian la kn...banyak sgt drama tp hubungan kekeluargaan tetap kuat...dari segi tu mmg ptt dicontohi...walaupon sesetengah hal mmg nmpk x patut...ekeke

KIMORA plak kuasa wanita....memberi inspirasi kepada perempuan lain yang ingin berjaya walaupon sudah bekeluarga...huhu n plg menyayat hati, cite ni buat aku teringat kt arwah bapak...die pnh ckp 'cite KIMORA tu xde ke mlm ni lang?' hahaha bapak pon lyn rupenye.....ekekeke klaka plak bile igt....ermmmm rindu kt bapak....

kesimpulannya, walaupon cite2 ni menayangkan kehidupan mewah di barat. x semestinya tiada kebaikan yg ditonjolkan...kite ambil yg baik..yg x ok tu jgn la diikot....ekekeke




Thank you for reading this entry!

Friday, 19 October 2012

berdepan dgn masalah

kdg-kdg kite rasa kite betul, padahal kite slh....
kdg-kdg kite rs kite takut, padahal xde pape pon...
kdg-kdg kite rasa dh cukup jaga hati org, 
tp sbnry lebih melukakan hati org...
kesimpulannye, berdepan  dgn masalah itu, dan hadapi kebenarannye...
itulah yang terbaik...

mungkin kite akan bertekak sedikit, tp segala-galanye akan selesai ...

sbb dr situ kite akan mempersoalkan & menjawap segala persoalan...

bile ada je masalah, sebaiknye kite terus berbincang..

dari situ kite boleh meleraikan segala-galanye...
melarikan diri bukanlah penyelesaian...
ia hanye akan melukakan hati seseorang...