Wednesday, 22 June 2011

ungu - percaya padaku


aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu

seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)

agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku


tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku





Tuesday, 21 June 2011

ORCHARD homestay




Salam perkenalan dan selamat datang pengunjung yang dihormati sekalian.....

Orchard Homestay, Hulu Langat, Selangor  merupakan satu projek homestay yang dilaksanakan di bawah  projek pembangunan Kerajaan Negeri, Selangor dengan bantuan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN). Orchard Homestay melibatkan 2 buah kampung utama iaitu Kampung Jawa dan Kampung Sungai Lui dalam daerah Hulu Langat  yang terdiri daripada 21 buah rumah peserta. 

Di atas rasa keperihatinan dan tangggungjawab dalam membangun dan memajukan ekonomi rakyat setempat, Kerajaan Selangor  melalui UPEN telah menghulurkan bantuan kepada peserta projek bagi menaik taraf rumah kediaman selaras dengan keperluan Projek Homestay  dalam usaha menjayakan projek ini. Kini, segala bantuan dan usaha yang ditabur sudah menampakkan hasilnya dan Orchard Homestay sudah mula beroperasi dan dibuka kepada pengunjung.

Di Orchard Homestay, kami menyediakan kediaman yang selesa kepada pengunjung sama ada kediaman di rumah Rumah Tradisi Jawa mahupun rumah moden yang menjanjikan tempat istirehat yang nyaman dan selesa. 

Terdapat pelbagai aktiviti yang ditawarkan kepada pengunjung sama ada aktiviti yang bertemakan eko-pelancongan, Industri Kecil dan Sededrhana (IKS) mahupun aktiviti pelancongan bandar atau 
City Tour Package.  

Bagi aktiviti eco-pelancongan, Orchard Homestay, Hulu Langat, Selangor menyediakan ruang kepada sesiapa sahaja untuk merasai kehidupan kampung yang begitu mendamaikan dengan aktiviti-aktiviti yang menarik seperti perkelahan  dan mandi-manda di hutan rekreasi seperti Air Terjun Sungai Gabai dan Hutan Lipur Sungai Congkak. Selain itu, Hutan Lipur Sg Tekala juga menanti pengunjung dengan suasana yang mendamaikan. Tidak ketinggalan juga, pengunjung  boleh membasuh badan di kolam air panas semula jadi yang mengasyikkan.

Bagi pengunjung yang menyukai aktiviti lasak, Ekspedisi Gunung Nuang boleh menjadi pilihan. Pilihan lain yang disediakan ialah aktiviti berakit di Sg.Langat yang bakal menjadi pengalaman yang menyeronokan yang tidak dapat dilupakan.

Manakala bagi aktiviti berasaskan City Tour, para pengunjung ditawarkan pakej  melawat bandaraya Kuala Lumpur dengan pengangkutan yang disediakan. Selain itu, bandar-bandar lain yang ditawarkan melibatkan Bandaraya Syah Alam  dan Putrajaya mengikut pilihan pengunjung.  
 
Sebagai sebuah masyarakat Jawa, tidak lengkap kunjungan saudara sekiranya tidak menikmati makanan tradisionalnya. Bagi pengunjung yang hadir, mereka akan disajikan dengan makanan rasmi masyarakat Jawa iaitu Nasi Ambeng yang begitu enak dan menyelerakan. 

Kami mengalu-alukan kehadiran saudara dan kami akan pastikan saudara menerima layanan istimewa dan menjadi kenangan.
 



Terima kasih.



alangkah beruntungnya menjadi WANITA



Darjat seorang wanita disisi Islam adalah sangat tinggi dan mulia. Wanita adalah golongan yang perlu dihormati, dijaga maruahnya, disayangi dan dikasihi . Seorang ibu yang telah berkorban seluruh jiwa dan raganya untuk melahirkan dan membesarkan anaknya adalah merupakan seorang wanita yang dipandang mulia oleh Allah S.W.T. Allah S..W.T akan mengurniakan pahala dan kebaikan yang berlipat kali ganda untuk para wanita yang sanggup berkorban di jalan Allah.

Berikut merupakan keistimewaan wanita menurut Islam yang telah disebutkan di dalam beberapa hadith sahih dan difirmankan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Qur'an. Ini menunjukkan betapa Islam begitu menghormati dan menghargai para wanita yang solehah. Berbahagialah engkau wahai bidadari penghuni syurga!

1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih mulia darjatnya daripada 70 orang lelaki yang soleh.

2. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. Manusia yang takutkan Allah S.W.T pula akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

3. Barangsiapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya adalah sama seperti bersedekah.

4. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyenangkan hati anak perempuannya pahalanya seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w)

6. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga .

7. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka".

8. Syurga itu letaknya di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila ayah dan ibumu memanggilmu serentak , Rasulullah s.a.w telah mengajar kita untuk menjawab panggilan ibu terlebih dahulu.

10. Wanita yang taat kepada suaminya akan tertutup untuknya pintu-pintu neraka dan terbuka baginya pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung-burung di udara, para malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya akan beristighfar untuknya selama mana dia masih taat kepada suaminya

12. Aisyah r.a. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, Siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa pula yang lebih berhak terhadap seorang lelaki ?" Tanya Aisyah kembali, Jawab Rasulullah S.A.W lagi, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia ke dalam syurga melalui pintu syurga yang mana satu yang dia kehendaki.

14. Setiap seorang perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mengurniakan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit ketika hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali Allah S.W.T.

21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 orang lelaki yang jahat.

22. 1 rakaat solat daripada wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum air susu ibu kepada anaknya daripada badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

24. Wanita yang melayani suaminya dengan baik apabila suaminya pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

26. Wanita yang membenarkan suaminya keluar berjuang di jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan memasuki syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, wanita itu juga akan menjadi ketua kepada 70,000 malaikat dan bidadari syurga dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, serta akan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga ananyak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia menghiburkan hati anaknya Allah akan memberi 12 tahun pahala beribadah.

28. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan "Bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan  membaca "Bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

31. Wanita yang hamil akan dapat pahala seperti berpuasa pada siang hari.

32. Wanita yang hamil akan dapat pahala seperti beribadat pada malam hari.

33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah akan mengurniakan satu pahala haji.

34. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid di jalan Allah.

35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

36. Jika wanita menyusui anaknya sehingga mencukupi  tempoh(2½ thn), maka malaikat-malaikat dilangit akan membawa khabar berita itu ke syurga dan syurga itu dikatakan adalah wajib baginya. Dan jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang sedang menangis, InsyaAllah Allah akan memberikan padanya pahala satu tahun solat dan puasa.

37. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

38. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

39. Jika suami mengajarkan isterinya akan sesuatu perkara yang tidak diketahuinya ,beliau akan mendapat pahala seperti 80 tahun beribadah.

40. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan terus kepada wanita yang menutupi auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Oleh itu wahai para wanita muslimah yang dihormati dan disegani, bangkitlah dan niatkanlah setiap amalanmu adalah untuk mendapat keberkatan daripada Allah Yang Maha Esa. Semoga anda akan turut menjadi salah seorang wanita pilihan yang diberikan ganjaran syurga yang tiada tolok bandingnya diakhirat kelak. Amin.




"Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya, dan hendaklah mereka melabuhkan pakaian mereka."    ( Surah Al-Nur:31 )







rahsia TARIKH LAHIR


Mengungkap Rahsia Tarikh Lahir Anda Dengan Menggunakan Kaedah Sains Metafizik Dengan Ketepatan Sehingga 90%. Percayakah Anda, Tarikh Lahir Anda Menceritakan Segalanya. 

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi.
Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal. Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita untuk kita menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan pilihan yang kita ada.


Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)



1. KETULENAN
·        Hadir dengan idea baru.
·        Memperolehi sesuatu denagn cara yang tersendiri
·        Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan lebih baik teknik diplomasi
·        Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yangterbaik dan kebiasaannya adalah pemimpin atau bos
·        Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
·        Perkara yang perlu dipelajari: idea dan pendapat yang lain mungkin lebih baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: ABE, TOM HANKS, ROBERT REDFORD, HULK HOGAN, CORAL BURNETT, WYNONA JUDD, NANCY REAGAN dan REQUEL WELACH.


2. PENDAMAI
·        Dilahirkan sebagai diplomat
·        Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
·        Secara semulajadi sangat analitikal dan suka emngikut gerak hati.
·        Mereka tidak suka bersendirian.
·        Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk Berjaya didalam hidup, tetapi mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: PRESIDENT BILL CLINTON, MADONNA, WHOPPI GOLDBERG, THOMAS EDISON dan WOLFGANG AMADEUS MOZART.


3. CERIA
·        Mereka sangat kreatif, social, mesra, romantic dan mudah dibawa berunding.
·        Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
·        Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
·        Mereka sangat popular dan idealistic.
·        Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistic.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: ALAN ALDA, ANN LANDERS, BILL COSBY, MELANIE GRIFFITH, SALVADOR DALI  dan JODY FOSTER.


4. KONSEVATIF
·        Golongan ini sangat peka dan tradisional.
·        Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
·        Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
·        Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
·        Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: NEIL DIAMOND, MARGARET THATCHER, ARNOLD SCHWARZENEGGER, TINA TURNER dan PAUL HOGAN.


5. PERINTIS
·        Mereka adalah perintis.
·        Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). 
·        Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
·        Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: ABRAHAM LINCOLN, CHORLOTTE BRONTE, JESSICA WALTER, VINCENT VAN GOH, BETTE MIDLER, HELEN KELLAR dan MARK HAMIL.


6. ROMANTIK
·        Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
·        Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
·        Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
·        Mereka suka seni musik.
·        Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
·        Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: ALBERT EINSTEIN, JANE SAYMOUR, JOHN DENVER, MERLY STREEP, CHRISTOPHER COLUMBUS dan GOLDIE HAWN.


7. INTELEKTUAL
·        Golongan ini adalah Pencari.
·        Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
·        Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
·        Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
·        Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
·        Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
·        Mereka sangat suka berahsia.
·        Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: WILLIAM SHAKESPEARE, LUCILLE BALL, MICHEAL JACKSON, JOAN BAEZ dan PRINCESS DIANA.
 

8. PENYELESAIAN
·        Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
·        Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
·        Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
·        Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
·        Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: EDGAR CAYCE, BARBRA STREISAND, GEORGE HARRISON, JANE FONDA, PABLO PICASSO, ARETHA FRANKLIN dan NOSTRODAMUS.


9. PELAKON
·        Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
·        Mereka sangat penyayang dan pemurah.
·        Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
·        Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
·        Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
·        Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: ALBERT SCHWEITZER, SHIRLEY MACLAINE, HARRISON FORD, GLORIA STEINEM, JIMMY CARTER dan ELVIS PRESLEY.




Monday, 20 June 2011

resepi KEK BATIK



BAHAN-BAHANNYA:

  • 250gram butter (buttercup)
  • 1 bungkus milo yang paling kecil
  • 1 tin susu pekat (lebih baik yang utk teh tarik)
  • 1 bungkus biskut marie jenis TIGER

CARA-CARA MEMBUATNYA:
  • Patah-patahkan kesemua biskut marie tersebut dalam bekas yang berlainan
  • Panaskan butter sehingga cair
  • Masukkan milo dan susu tersebut. Jika suka manis gunakan kesemua susu, jika tidak guna 3/4 sahaja. Kacau sehingga rata.
  • Curahkan kesemua bahan yang telah dimasak itu kedalam mangkuk yang berisi biskut marie tadi.
  • Kacau hingga rata dan seterusnya tekan hingga padat dalam bekas tersebut.
  • Simpan didalam peti ais sebelum dipotong dan dihidang.