Sunday, 30 September 2012

Khasiat Ikan Kod



Kajian Sejarah

Sejak turun temurun minyak ikan kod dipercayai boleh digunakan sebagai ubat, walaupun rasanya teruk dan berbau busuk, kerana ia melalui proses pereputan secara semula jadi dan berwarna hampir kehitaman.

Pada abad ke-18, minyak ikan kod melalui proses pemanasan dengan wap yang menghasilkan warna lebih pudar. Walaupun minyaknya lebih berkualiti, rasanya masih tidak sedap dan ia digunakan untuk merawat kanak-kanak yang mengalami penyakit riket.


Menjelang abad ke-19, The British Cod Liver Oil Producers (Hull) Ltd mengambil pendekatan berbeza. Mereka melakukan kaedah mengukus cerek mengandungi minyak ikan kod. Kemudian mereka menyedari beberapa syarikat menangkap ikan menggunakan pukat tunda yang beroperasi di Hull, England menggunakan teknik merebus di laut.


Teknik itu menghasilkan minyak berwarna coklat keemasan, rendah kandungan asidnya dan rasa lembut.


Kenneth McLennan yang pernah bertugas dengan Lever Brothers mencadangkan minyak ikan kod boleh diperoleh dalam bentuk lebih kecil dan mewujudkan jenama dikenali sebagai ‘Seven



Minyak ikan untuk sendi sihat

Orang Eskimo jarang mengalami artritis reumatoid kerana mereka banyak makan ikan. Orang Jepun juga mengamalkan diet yang mengutamakan ikan. Itu sebabnya kes artritis (sakit sendi) di dua negara itu jauh lebih rendah berbanding negara lain.

Kajian menunjukkan bagi pesakit yang mengalami artritis reumatoid ringan, pengambilan minyak ikan kod boleh mengurangkan keperluan ubat anti-keradangan bukan steroid (NSAIDs).


Minyak ikan kod yang kaya dengan asid lemak Omega-3 penting untuk orang dewasa yang mengalami artritis dan masalah lain yang berkaitan tulang. Penggunaan asid lemak Omega-3 boleh mengurangkan pengeluaran bahan kimia yang menyebabkan keradangan sendi.


Bagi pesakit arthritis, keradangan adalah seperti pisau bercerancang kerana enzim boleh menyebabkan masalah serius. Keadaan ini berbeza pada orang sihat kerana enzim tidak aktif. Di samping mengurangkan pengeluaran bahan kimia yang menyebabkan keradangan, asid lemak Omega-3 boleh merendahkan risiko kerosakan rawan.




Ikan Kod Khasiat


Osteoartritis

Artritis adalah jenis paling biasa di kalangan penyakit lemah sendi. Satu bentuk artritis paling biasa ialah osteoartritis. Osteoartritis adalah penyakit sendi degeneratif yang boleh menyerang semua orang.

Penyakit ini hasil daripada proses ‘haus dan lusuh’ sendi, biasanya ia membabitkan orang tua, namun ada juga orang muda menderita penyakit sama. Ia lebih ketara pada sendi yang mengalami pelbagai tekanan dan ‘penderaan’ seperti sendi kaki iaitu lutut dan buku lali.



Artritis reumatoid

Artritis reumatoid adalah penyakit sistem imun yang menyakitkan, menyebabkan pesakit berasa tidak selesa dan mengalami bengkak pada sendi, saraf, otot, tendon, pembuluh darah dan tisu perantara di dalam badan.

Artritis reumatoid boleh menyerang individu tanpa mengira peringkat umur, tetapi kebanyakannya membabitkan kumpulan usia antara 25 hingga 40 tahun. Ratusan ribu penduduk di United Kingdom, termasuk kanak-kanak, mengalami masalah ini.


Bagi sesetengah orang, arthritis reumatoid hanya menyerang sekali seumur hidup. Namun ada yang menghadapi serangan penyakit sepanjang hayat kerana ia penyakit bersifat progresif dan jangka panjang, merebak dari satu sendi ke sendi lain dan boleh menyebabkan kecacatan tangan serta kaki.



Friday, 28 September 2012

al-fatihah.... =(

innalillah....

baru je dpt berita dia dh xde didunia nie lagi...

mlm td tgk novel2 yg die bagi...
tgk pic die & 'my sis' kt novel yg die bg tu....
baca yasin utk die...
rupe-rupenye die dh xde, padahal aku xtau pon die dh xde...


 al-fatihah buat dia...semoga tenang die disana...

aku redha!



T.I.S.A

- date: 26.09.2012 
- sbb: kanser paru-paru stage3



Thursday, 27 September 2012

judika - KAU YANG TERSAKITI



De kisah disebalik lagu nie sbnry. Seseorang yg telah menyebabkan aku rasa disini (di BLOG ini) tempat yang sesuai utk meluahkan sesuatu yg x mampu diberitahu. Aku doakan kesihatannya kembali pulih....Ini adalah lagu yg die bg pd seseorang, mengenai luahan hati die..isi hati die..Aku harap die menemui kebahagiaan yg die cari...


********************

Lirik: Aku yang tersakiti
Nyanyian: JUDIKA


Pernahkah kau merasa jarak antara kita
Kini semakin terasa setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku

Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

Memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia

Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
(walau tak bersama dia)

Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

********************


Hakikatnya...ajal, maut, jodoh & pertemuan Dia yang tentukan. Kita hanya mampu merancang tetapi Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.....wink 








try to be aktif blogger...

ehem...ehem...testing 123...hihi

actually, sy dh lama de blog nie tp x pnh aktif pon. tibe2 terasa mcm nk aktifkan diri dlm pesada blog2 ni la plak...chewahhhh mcm bagus je  kn....hikhik....dulu masa create blog nie, sekadar nak tau "ape itu blog?" je...ermmmmm mcm tu la lebih kurang. skg bile tgk blog org yg sgt2 menarik ok, so terdetik dihati ini untuk mengaktifkan blog nie (eh! pernah aktif ke sblm nie...ermmm)...hehe...lg pon konpem2 la seronokkan coz sy bole tulis ape je ikot suka hati sy (dh blog aku kn so xkn la org lain plak yg nk tulis...apada hahaha)

nway, ni sedikit pengenalan diri dari sy....nama sy, SYAKILA (ala2 misteri mimpi syakila gitu....wink)....kerja di Ampang, berusia 27thn (huh...dh 27thn kew? OMG...takutnye tgk no tu....hehe)....sy hanyalah manusia biase yg bekerja biase2 je....xde pape pon yg nk dibanggakan...sumenye biase2 je lah....huhu sy nk menulis utk diri sy shj & share dgn sesiapa yg sudi....dan kebetulan ada sesuatu yg berlaku membuatkan sy tergerak nk menulis...yelahkan, x sume hal kite mampu nk luahkan so di blog ini mungkin sy boleh jadikan sandaran utk sy luahkan pe yg sy nk...yeayyyyyyyy chaiyok2...u go gurl....wink2






...THANKS FOR VIEWING MY BLOG...




Tuesday, 18 September 2012

mari mengenali penyakit sakit sendi (RHEUMATOID ARTHRITIS)






Rheumatoid arthritis merupakan penyakit yang melibatkan sistem badan, penyakit kronik yang menyerang banyak tisu badan tetapi yang paling teruk terkesan ialah bahagian sendi. Sendi yang menghadapi masalah ini  menghasilkan cecair yang tidak bernanah (non-suppurative) yang selalunya akan berterusan memusnahkan tulang rawan (cartillage) dan tulang di bawahnya, menyebabkan arthritis (radang sendi). Penyakit ini boleh menyerupai penyakit Systemic Lupus Erytematodes (SLE) apabila ia melibatkan paru paru, otot, saluran darah jantung dan kulit.

Rheumatoid Arthritis (RA) sangat mudah ditemui, lebih kurang 1 daripada 10 orang dalam masyarakat dunia menghidapinya. Waktu  berlaku ialah dari umur 20-an hingga 50-an.




Tapak tangan bengkok ke sebelah ibu jari, manakala jari hujung bengkok ke jari kelingking



Terdapat begitu banyak perubahan dalam bentuk sendi akibat penyakit RA ini. RA biasanya melibatkna sendi sendi kecil seperti sendi tangan , kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan bahu. Tulang belakang boleh juga terlibat, tetapi amat jarang berlaku.





Apa yang berlaku dalam sendi? Sendi mengalami chronic synovitis. 

  1. Berlaku pertumbuhan sel synovia yang menyelaputi ruang sendi (synovial membrane)
  2. Terdapat sel inflamatory yang merentasi salur darah di sendi dan menduduki ruang sel synovia yang bertumbuh itu
  3. Terdapat pertumbuhan salur darah baru ke dalam ruang sendi
  4. Terdapat neutrofil (sejenis sel darah putih) dan pertumbuhan fibrin (agen pembekuan darah) di dalam ruang sendi
  5. Peningkatan aktiviti osteoclast (sel yang memusnahkan tisu tulang) di bahagian sendi
Sekiranya kita dapat melihat ruang sendi ini, kita boleh nampak satu lendutan tisu yang dipanggil 'pannus' di dalam sendi yang terdiri daripada sel synovia yang bertumbuh, tisu penghubung, fiber dan sel imuniti. 

Bagaimana nak kenal pasti masalah ni?
Pada peringkat awal, penghidap RA akan mempunyai bengkak bengkak  pada bahagian sendi proximal interphalangeal (lihat gambar). Bengkak tersebut berbentuk diffuse (tidak jelas, tetapi nampak bengkak pada sendi). Sekiranya tidak dirawat, lendutan (pannus di dalam sendi) boleh bertumbuh lebih banyak dan menghakis tulang rawan dan memenuhi rongga sendi (synovial cavity) menyebabkan pergerakan adalah mustahil, dan lama kelamaan sendi akan mengeras akibat endapan kalsium, situasi yang dipanggil 'ankylosis'. Ligamen, tendon dan otot di sekitar sendi turut boleh rosak, menyebabkan jari jari tangan bengkok ke arah jari kelingking (ulnar deviation) manakala tapak tangan bengkok ke arah ibu jari (radial deviation).



Satu daripada empat pesakit akan menonjolkan bonjolan pada siku yang dipanggil 'Rheumatoid Subcutaneous Nodules'. Saiz bonjolan ialah 2 cm. Otot otot antara sendi yang terlibat akan mengecut dan tangan pesakit akan kelihatan berlekuk kurus.





Gambar dari: www.medscape.com
Tangan kelihatan kurus sehingga tendon dan tulang jelas kelihatan



Apa yang membimbangkan ialah pesakit yang menghadapi masalah ini dengan serius boleh menghadapi penyakit lain seperti 'acute necrotizing vasculitis' yang membunuh banyak saluran darah yang bersais kecil dan sederhana dan, pesakit tidak lagi mampu bergerak bebas.




Boleh juga search di website berikut:-


https://www.google.com.my/search?hl=en&sugexp=les%3B&cp=4&gs_id=1k&xhr=t&q=rheumatoid+arthritis&biw=1280&bih=705&um=1&ie=UTF-8&tbm=isch&source=og&sa=N&tab=wi&ei=ARVYUMiaHdDLrQfz_YDYBw

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmedhealth/PMH0001467/


http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/rheumatoidarthritis.html


http://sangmentari.wordpress.com/2009/04/03/apakah-itu-rheumatoid-arthritis/