Tuesday, 21 June 2011

ORCHARD homestay




Salam perkenalan dan selamat datang pengunjung yang dihormati sekalian.....

Orchard Homestay, Hulu Langat, Selangor  merupakan satu projek homestay yang dilaksanakan di bawah  projek pembangunan Kerajaan Negeri, Selangor dengan bantuan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN). Orchard Homestay melibatkan 2 buah kampung utama iaitu Kampung Jawa dan Kampung Sungai Lui dalam daerah Hulu Langat  yang terdiri daripada 21 buah rumah peserta. 

Di atas rasa keperihatinan dan tangggungjawab dalam membangun dan memajukan ekonomi rakyat setempat, Kerajaan Selangor  melalui UPEN telah menghulurkan bantuan kepada peserta projek bagi menaik taraf rumah kediaman selaras dengan keperluan Projek Homestay  dalam usaha menjayakan projek ini. Kini, segala bantuan dan usaha yang ditabur sudah menampakkan hasilnya dan Orchard Homestay sudah mula beroperasi dan dibuka kepada pengunjung.

Di Orchard Homestay, kami menyediakan kediaman yang selesa kepada pengunjung sama ada kediaman di rumah Rumah Tradisi Jawa mahupun rumah moden yang menjanjikan tempat istirehat yang nyaman dan selesa. 

Terdapat pelbagai aktiviti yang ditawarkan kepada pengunjung sama ada aktiviti yang bertemakan eko-pelancongan, Industri Kecil dan Sededrhana (IKS) mahupun aktiviti pelancongan bandar atau 
City Tour Package.  

Bagi aktiviti eco-pelancongan, Orchard Homestay, Hulu Langat, Selangor menyediakan ruang kepada sesiapa sahaja untuk merasai kehidupan kampung yang begitu mendamaikan dengan aktiviti-aktiviti yang menarik seperti perkelahan  dan mandi-manda di hutan rekreasi seperti Air Terjun Sungai Gabai dan Hutan Lipur Sungai Congkak. Selain itu, Hutan Lipur Sg Tekala juga menanti pengunjung dengan suasana yang mendamaikan. Tidak ketinggalan juga, pengunjung  boleh membasuh badan di kolam air panas semula jadi yang mengasyikkan.

Bagi pengunjung yang menyukai aktiviti lasak, Ekspedisi Gunung Nuang boleh menjadi pilihan. Pilihan lain yang disediakan ialah aktiviti berakit di Sg.Langat yang bakal menjadi pengalaman yang menyeronokan yang tidak dapat dilupakan.

Manakala bagi aktiviti berasaskan City Tour, para pengunjung ditawarkan pakej  melawat bandaraya Kuala Lumpur dengan pengangkutan yang disediakan. Selain itu, bandar-bandar lain yang ditawarkan melibatkan Bandaraya Syah Alam  dan Putrajaya mengikut pilihan pengunjung.  
 
Sebagai sebuah masyarakat Jawa, tidak lengkap kunjungan saudara sekiranya tidak menikmati makanan tradisionalnya. Bagi pengunjung yang hadir, mereka akan disajikan dengan makanan rasmi masyarakat Jawa iaitu Nasi Ambeng yang begitu enak dan menyelerakan. 

Kami mengalu-alukan kehadiran saudara dan kami akan pastikan saudara menerima layanan istimewa dan menjadi kenangan.
 



Terima kasih.



No comments:

Post a Comment