Monday, 20 June 2011

resepi KEK BATIK



BAHAN-BAHANNYA:

  • 250gram butter (buttercup)
  • 1 bungkus milo yang paling kecil
  • 1 tin susu pekat (lebih baik yang utk teh tarik)
  • 1 bungkus biskut marie jenis TIGER

CARA-CARA MEMBUATNYA:
  • Patah-patahkan kesemua biskut marie tersebut dalam bekas yang berlainan
  • Panaskan butter sehingga cair
  • Masukkan milo dan susu tersebut. Jika suka manis gunakan kesemua susu, jika tidak guna 3/4 sahaja. Kacau sehingga rata.
  • Curahkan kesemua bahan yang telah dimasak itu kedalam mangkuk yang berisi biskut marie tadi.
  • Kacau hingga rata dan seterusnya tekan hingga padat dalam bekas tersebut.
  • Simpan didalam peti ais sebelum dipotong dan dihidang.


No comments:

Post a Comment